Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

5) PEMBANGUNAN PROJEK BERCAMPUR DI TEPI PAYA INDAH WETLAND DENGKIL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan butir dan makluman lengkap mengenai pembangunan sebuah projek bercampur di tepi lot tanah Paya Indah Wetland, Dengkil, Daerah Kuala Langat, Selangor.

    Untuk makluman, projek pembangunan dimaksudkan adalah di atas Lot 68054 Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat. Lot berkenaan adalah berstatus kategori bangunan dan mempunyai syarat nyata bangunan kediaman. Dari sudut pemilikan, tanah tersebut didaftarkan di atas nama Gamuda Land (T12) Sdn. Bhd. (310424-M) sepertimana direkodkan dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB).

    Permohonan pembangunan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar (JKSAS) yang telah diadakan pada 5 Oktober 2016 dan perlu diangkat untuk pertimbangan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (SPC). Seterusnya, SPC akan membuat keputusan sama ada permohonan ini akan dipanjangkan ke Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) atau pun sebaliknya.

    Permohonan untuk mengubah kategori kegunaan tanah dan meminda syarat nyata tanah di bawah Seksyen 124(1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara di atas Lot 68054, telah dipertimbang dan diluluskan secara bersyarat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 7/2015 yang diadakan pada 17 Februari 2015 kepada Salak Land Development Sdn Bhd (yang kini dikenali sebagai Gamuda Land (T12) Sdn Bhd).

Lampiran

Tiada Lampiran.