Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

106) PEMBANGUNAN PROJEK PJ

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek PJ Elevated City memandangkan projek ini perlu disiapkan pada tempoh yang tertentu untuk menempatkan pekerja-pekerja migran di Sungai Way FTZ?

    Kebenaran Merancang (KM) telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) MBPJ pada pada 7 Disember 2015 manakala Pelan Bangunan pada 8 April 2016. Setakat 30 Jun 2016, kerja-kerja substruktur termasuk ’piling’ dan juga ’basement’ telah pun siap dibina dan kemajuan kerja telah mencapai Paras 2 iaitu 11.5%. Mengikut tempoh yang telah ditetapkan, Blok 1A dijadualkan mendapat CCC pada September 2017 manakala bagi Blok 1B dijangka memperolehi CCC pada Mac 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.