Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

3) PEMBANGUNAN PUSAT PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek-projek pusat pelancongan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan kos masing-masing.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor dan program ini dijangka akan merancakkan lagi industri pelancongan di negeri Selangor dan dapat meningkatkan lagi pendapatan kepada semua pemain industri sekaligus meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor .

    Sehubungan dengan itu penganjuran Tahun Melawat Selangor 2015 adalah dibawah seliaan dan pentadbiran Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong (UPEN Pihak Berkuasa Tempatan). Selain itu turut menjadi skretariat Tahun Melawat Selangor 2015 ialah Jawatankuasa Pelancongan yang dianggotai Ahli Lembaga Pengarah Tourism Selangor seperti berikut :

    • Yang Berbahagia Datin Jasmine Abdullah Heng
    • Yang Berusaha En Anthony Wong
    • Wakil Pihak Pejabat Menteri besar

     

    Turut  menjadi  jawatankuasa  bersama  ialah  Pengurus  Besar  Tourism  Selangor . Antara lain jawatankuasa ini akan memastikan semua aktiviti, acara dan program yang telah dirancang sebelum ini dijalankan serta memberikan  impak yang baik terhadap industri pelancongan di negeri Selangor . Selain daripada itu skretariat ini juga akan menjadi pengawal kepada penggunaan  semua peruntukan agar ianya  dapat  dibelanjakan secara  berhemat  dan terkawal .

     

    Walau bagaimanapun bagi melancarkan  lagi  pengurusan  dan  perjalanan  Tahun Melawat Selangor 2015 juga  turut  melibatkan  serta  bekerjasama  dengan erat daripada pihak-pihak seperti berikut :

     

    • Kementerian Pelancongan Malaysia
    • Tourism Malaysia
    • Tourism Malaysia Selangor
    • Semua pengusaha produk pelancongan negeri Selangor
    • Agensi pelancongan
    • Pusat membeli belah
    • Restoran
    • Kraftangan
    • Semua NGO pelancongan seperti MATTA, Bumitra, Persatuan Pemandu Pelancongan, MAH, MBHA dan lain-lain

     

    Tourism Selangor turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melibatkan agensi kerajaan mahupun diperingkat swasta . Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Pelancongan Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Daerah , Agensi Kerajaan dan Swasta yang mempunyai keanggotaan seperti berikut :

     

    • Pegawai Pelancongan   /    Komunikasi   Korporat    Pihak                    Berkuasa Tempatan
    • Pegawai Pelancongan / Komunikasi Pejabat Daerah
    • Pegawai Agensi Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Negeri Selangor
    • Pegawai Agensi Swasta Yang Lain

Lampiran

Tiada Lampiran.