Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

27) PEMBANGUNAN PUSAT REKREASI BNO

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menaiktaraf pusat rekreasi di Pantai BNO sebagai pusat tarikan pelancongan dengan membangunkan prasarana di sekitar kawasan tersebut?

    Pantai Bagan Nakhoda Omar yang turut dikenali dengan gelaran Pantai BNO merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat di daerah Sabak Bernam.
    Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan melihat peluang dan ruang baru untuk menaik taraf produk pelancongan negeri sedia ada. Walau bagaimanapun, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak merancang untuk membangunkan prasarana di sekitar Pantai BNO memandangkan kedatangan pelancong di kawasan ini masih belum berdaya saing untuk dipertimbangkan sebagai pusat pelancongan utama negeri. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri berpandangan infrastruktur dan kemudahan sedia ada di Pantai BNO adalah mencukupi buat masa ini. Sebarang cadangan untuk menaik taraf pusat rekreasi di Pantai BNO perlu diperhalusi terlebih dahulu.
    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Sabak Bernam dan Tourism Selangor untuk mengenal pasti dan meneroka potensi Pantai BNO ini dari masa ke semasa terutama dari segi kekuatan dan tarikan utama yang boleh ditonjolkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.