Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

34) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan sektor pelancongan merupakan langkah terbaik dalam menangani krisis kemelesetan ekonomi negara serta penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Bagaimanakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor dan tindakan seterusnya?

    Pandangan mengenai menangani krisis kemeseletan ekonomi serta penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia melalui pembangunan sektor pelancongan.

    Pada tahun ini, dianggarkan industri pelancongan kini menyumbang kira-kira

    12.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini. Jika berdasarkan nilai KDNK tahun lalu, nilai sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara ialah kira-kira RM104 bilion. Dari segi pekerjaan pula, pada tahun 2012 industri itu menyediakan 2.1 juta pekerjaan atau 16.4 peratus daripada jumlah pekerjaan. Ia adalah sumbangan yang agak besar. Nilai ringgit yang rendah akan memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong. Bagi pelancong luar, kos melancong di negara ini menjadi lebih murah. Begitu juga jika mereka mahu membeli-belah. Hakikatnya, nilai mata wang yang rendah, boleh ditangani dengan pembangunan dan penggalakkan Industri Pelancongan yang akan turut memberikan kebaikan kepada negara kita. Barangan eksport negara kita akan menjadi lebih murah, manakala barangan import pula menjadi lebih mahal. Ini akan meningkatkan eksport dan mengurangkan import, sekali gus memberikan manfaat kepada syarikat tempatan dari segi peningkatan jualan. Hal ini juga seiring dengan industri pelancongan. Terdapat pelbagai tempat pelancongan yang ada di Negeri Selangor yang berpotensi untuk dibangunkan dan menggalakkan pelancong tempatan khususnya melancong di dalam negara. Perkara ini akan mendorong syarikat terutama yang berorientasikan pelancongan menambah pembangunan yang akan mewujudkan pula peluang pekerjaan baharu. Kesan penggandaan ini akan berterusan yang akhirnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

     

    1. Tindakan seterusnya.

     

    • Usaha menaiktaraf tempat pelancongan.

    Usaha yang dilakukan untuk menaiktaraf kemudahan awam agar menggalakkan aktiviti pelancongan perlu merujuk Undang-Undang Malaysia di bawah Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992. Kementerian menguatkuasakan akta-akta dan peraturan berikut :

     

     

    • Akta Industri Pelancongan 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri        Pelancongan         (Pelesenan                                           dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan Institutsi Latihan Pelancongan) 1994;
    • Peraturan-Peraturan Industri          Pelancongan                                             (Mengkompauan Kesalahan-Kesalahan) 1992;
    • Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan
    • Peraturan-Peraturan Kenderaan       Pelancongan       (Pelesenan                                          dan Pengawalan Kenderaan Pelancongan) 2000.

     

    • Usaha membangunkan tempat pelancongan.

    Antara usaha yang boleh dibuat untuk membangunkan sesebuah tempat menjadi tempat pelancongan adalah seperti yang berikut.

     

    • Kemudahan Infrastruktur. Kemudahan Infrastruktur ini amat penting untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga para pembangun industri pelancongan dalam meneruskan perniagaan mereka.
    • Kemudahan Jalan dan Akses. Kumudahan jalan dan akses juga perlu dibangunkan dengan baik untuk memberikan laluan yang mudah untuk para pelancong dan juga peniaga untuk ke tempat pelancongan yang ingin dibangunkan. Selain itu, kemudahan jalan dan akses yang baik dapat memberikan skop didalam peta
    • Nilai Komersial. Nilai komersial sesuatu tempat dapat menggambarkan “x-factor” dan keunikan yang ada pada sesuatu tempat yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke tempat pelancongan tersebut.

     

    • Usaha dan inisiatif Tourism Selangor sebagai badan promosi pelancongan Negeri Selangor.

    Tourism berperanan untuk memberikan maklumat promosi pelancongan yang tepat kepada para pelancong di dalam dan juga luar negara. Dalam membantu meningkatkan ekonomi rakyat, semestinya pihak Tourism Selangor bersama-sama kerajaan Negeri membantu rakyat untuk menjana pendapatan melalui Industri Pelancongan. Kerajaan negeri membantu dari segi pembangunan tempat pelancongan manakala pihak Tourism Selangor berperanan untuk mempromosikan tempat tersebut. Hal ini amat penting bagi menambahkan jumlah para pengunjung dari semasa ke semasa di tempat yang sudah pun diiktiraf sebagai tempat pelancongan. Impaknya, ekonomi rakyat dapat di mantapkan dengan adanya urusan jual beli yang rancak melalui barangan cenderahati, restoran, jualan tiket, pusat membeli belah dan sebagainya. Aktiviti dan acara promosi melalui pelbagai medium yang dianjurkan oleh Tourism Selangor memberi kesedaran dan juga perhatian pelancong secara meluas.

     

    Tourism Selangor bersama-sama Kerajaan Negeri meletakkan sasaran kedatangan pelacong pada setiap tahun dan merancang agar ia dapat di capai secara sistematik. Oleh itu, rangka promosi dan aliran kerja dirancang dengan penuh teliti bersama-sama agensi yang lain. Pelbagai perancangan yang dirancang untuk masa hadapan antaranya:

     

    Promosi

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor meneruskan semua aktiviti promosi yang telah di rancang dan dianjurkan sempena Tahun Melawat Selangor 2015 di dalam mahupun di luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di Negeri Selangor. Siri promosi ini adalah berdasarkan statistik kedatangan pelancong di dalam Negara dan di luar Negara. Tourism Selangor juga terus mempromosikan produk pelancongan dengan menggunakan medium yang sesuai sama ada melalui media cetak, mahupun elektronik untuk memastikan golongan sasar dapat menerima maklumat berkaitan destinasi ini.

     

    Website dan Laman media sosial

    Tourism Selangor melalui laman web rasmi dan laman sosial media akan sentiasa mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat. Selain itu, untuk masa hadapan Pihak Tourism Selangor merancang untuk menambahbaikkan pembangunan laman Web supaya lebih efektif dan mengikut peredaran masa.

     

    • Familiarization Trip/ ‘FAM Trip’

    Tourism Selangor juga akan memperbanyakkan lawatan-lawatan untuk para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk- produk pelancongan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi- agensi pelancongan. Secara tidak langsung sektor pelancongan dapat dipertingkatkan lagi.

     

    • Acara-acara Pelancongan

    Tourism Selangor juga menganjurkan secara bersama atau penganjuran sepenuhnya terhadap pelbagai acara yang menjadikan destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para peserta. Pelbagai Acara pelancongan yang baharu diperkenalkan supaya selaras dengan trend dan juga peredaran masa kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.