Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

23) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri pada tahun 2008?

    Setakat ini sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri pada
    tahun 2008 masih belum dikira secara keseluruhannya. Namun begitu, sumbangan
    sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri secara keseluruhannya dari
    tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut :
    Tahun Pendapatan (RM)
    2005 2,776,701,618.60
    2006 3,455,732,569.80
    2007 3,728,172,462.00

Lampiran

Tiada Lampiran.