Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

43) PEMBANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di kawasan Balakong dan berapakah peruntukan yang di salurkan bagi tujuan tersebut?

    Antara usaha   yang   dilakukan   oleh   Kerajaan    Negeri    melalui   MPKj                bagi membangunkan sektor perindustrian di kawasan Balakong adalah seperti berikut;-

     

    Mengezonkan semula dan membesarkan kawasan industri sediada di kawasan Balakong dalam Rancangan Tempatan MPKj

     

    Pemberian insentif kepada pengusaha kilang tanpa kebenaran melalui Program Pemutihan Industri Tanpa Kebenaran yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri

     

    Menambahbaik infrastruktur kawasan industri tidak terancang di kawasan Balakong dengan mewujudkan tabung amanah (trust fund), sumbangan menaiktaraf infrastruktur kawasan industri

     

    Walau bagaimanapun, pihak Majlis tiada peruntukan khusus untuk pembangunan di kawasan industri Balakong dan lain-lain kawasan industri di kawasan MPKj seperti membangunkan kemudahan infrastruktur, utiliti dan sebagainya untuk kawasan industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.