Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

319) PEMBANGUNAN SEMULA 18 BLOK RUMAH PANGSA PKNS DI KERAMAT AU2 HULU KELANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah pembangunan semula rumah pangsa yang dijadualkan pada 2010 ini tidak diteruskan?

    Pembangunan semula 18 blok rumah pangsa di Keramat AU2 Hulu Klang yang dijadualkan pada 2010 ini tidak dapat diteruskan kerana:-

     

    1. PKNS tidak dapat memenuhi syarat perundangan Akta Hakmilik Strata 1985 dimana persetujuan sebulat suara daripada pemilik adalah diperlukan untuk PKNS meneruskan sesuatu cadangan pembangunan semula. Setakat ini PKNS hanya berjaya mendapat sokongan sebanyak 30% sahaja.

     

    1. Permintaan pampasan pemilik yang terbaru adalah agak tinggi di mana mereka mahu rumah baru bersaiz 1,000 kaki persegi berbanding tawaran PKNS seluas 850 kaki persegi. Permintaan ini menyebabkan PKNS perlu mengkaji semula viabiliti

Lampiran

Tiada Lampiran.