Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

22) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana kerajaan negeri menangani kawasan Bandaraya/bandar/pekan yang perlu mantapkan daya saing antara bandar-bandar dan pekan-pekan dan tingkatkan hubungan antara kawasan yang perlu dibantu dan kawasan yang mempunyai peluang?

    Bagi menjawab pertanyaan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor sedang menyediakan Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Hasil dari tinjauan kajian Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 ini, telah mengenal pasti beberapa cadangan dasar dan langkah-langkah perlaksanaan yang melibatkan pembangunan semula bandar bagi memastikan bandar-bandar sedia ada dapat dipertingkatkan fungsi dan menjana ekonomi setempat. Antara cadangan dasar yang berkaitan adalah:

     

    Dasar: Pembangunan baru perlu mengutamakan tapak-tapak dalam kawasan perbandaran sedia ada melalui pembangunan secara infill, pembangunan tapak brownfiled dan pembaharuan bandar (Urban Renewal).

     

    Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

     

    • Membangunkan tanah kosong di dalam kawasan bandar dengan syarat tidak melampaui keupayaan tampungan (carrying capacity) kawasan tersebut.

     

    • Menjalankan kajian bagi mengenal pasti tapak-tapak brownfield dengan keutamaan di kawasan MPK, MBPJ, MPKj, MPS, dan

     

    • Melaksanakan pembaharuan bandar melalui pendekatan samada rehabilatation, restoration, redevelopment atau regeneration bagi bandar-bandar yang mempunyai kriteria berikut:

     

    • Bangunan/kawasan kosong, dan bangunan usang,
    • Kawasan tanah kerajaan,
    • Guna tanah   /aktiviti    yang   tidak   lagi   bersesuaian   dengan pembangunan sekitar

     

    • Pembangunan atau guna tanah yang tidak optimum (termasuk kawasan brownfield); dan
    • Kawasan yang mengalami masalah akses

     

    • Menyediakan insentif dan mekanisme bagi menggalakkan pembangunan semula kawasan terbiar, usang dan

     

    • Pembangunan semula tanah hak milik kerajaan perlu mengutamakan pembangunan untuk kegunaan awam. Pembangunan secara bersepadu berpadanan dengan potensi komersil dan nilai pasaran tanah dibenarkan dengan mengekalkan hak milik

     

    • Mewujudkan bank tanah bagi memastikan peruntukan keperluan sosial akan datang dapat

     

    • Memastikan pembangunan baru mengambil kira aspek-aspek pembangunan mampan seperti berikut:

     

    • Pemuliharaan warisan dan bangunan;
    • Tahap keupayaan kemudahan infrastruktur sekitar;
    • Cadangan pembangunan yang harmoni dengan guna tanah atau aktiviti sekitar;
    • Cadangan pembangunan       berupaya       meningkatkan       tahap kemudahsampaian;
    • Cadangan pembangunan semula bagi kawasan banjir kritikal tidak dibenarkan tanpa pelaksanaan projek tebatan
    • Cadangan pembangunan    tidak     akan    mendatangkan    masalah pencemaran dan kesesakan; dan
    • Penggunaan teknologi

Lampiran

Tiada Lampiran.