Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

11) PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA LAMA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah progres kerja projek pembangunan semula rumah pangsa lama yang dikenalpasti di Shah Alam, Petaling Jaya dan Hulu Kelang?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengenalpasti tiga (3) projek rumah pangsa lama untuk tujuan pembangunan semula. Ketiga- tiga projek tersebut adalah Rumah Pangsa Seksyen 16 Shah Alam, Rumah Pangsa Seksyen 17 Petaling Jaya dan Rumah Pangsa Jalan Enggang, AU 2 Keramat, Hulu Kelang yang melibatkan 2,038

     

    PKNS telah melantik pemaju/ kontraktor bagi menjalankan pembangunan tersebut. Sehingga kini, kerja- kerja fizikal di tapak masih belum dijalankan dan dalam peringkat perundingan untuk mendapatkan persetujuan daripada penduduk. Status semasa pelaksanaan bagi ketiga- tiga projek tersebut adalah seperti berikut :

     

     

     

     

    Projek Bil Unit/ Keluasan Pemaju/ Kontraktor Satus semasa pelaksanaan
    Cadangan Pembangunan Semula Rumah Pangsa Lama Enggang, AU2 Keramat, Hulu Kelang 688 /

    12.49 ekar

    Hyper Jati Sdn.

    Bhd.

    Telah menerima 16% (110) persetujuan             daripada penduduk.

     

    Usaha                         mendapatkan maklumbalas penduduk masih diteruskan oleh pemaju.

     

    Cadangan Pembangunan Semula Rumah Pangsa Seksyen 16, Shah Alam 926 /

    17.32 ekar

    Permai 16 Development Sdn. Bhd. Persetujuan penduduk

    terhadap                                cadangan pembangunan semula dan pakej pampasan yang di tawarkan telah mencapai 82% (757 unit).

     

    Baki 169 unit masih belum memberikan maklumbalas

     

    Pemaju       dalam       proses mengemukakan permohonan               tanah                       untuk tapak unit gantian baru di kawasan       Seksyen       15

    seluas 10 ekar.

     

    Perjanjian Usahasama di antara pemaju dengan PKNS dilanjutkan sehingga Mac 2017.

    Cadangan Pembangunan Semula Rumah Pangsa Seksyen 17, Petaling Jaya 424 /

    15.00 ekar

    DKLS

    Industries Berhad

    Kajian semula terhadap anggaran                          kos

    pembangunan,                                       kajian impak trafik (TIA), penilaian tanah dan strategi memulakan semula projek pembangunan semula ini sedang dilaksanakan.

     

    Dalam proses rundingan memuktamadkan terma- terma dan model bisnes cadangan usahasama

    untuk                          pelaksanaan pembangunan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.