Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

174) Pembangunan Sistem Pangkalan Data Dan Maklumat Warga Miskin / Ibu Tunggal/ Oku Di Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil insiatif untuk membangunkan sistem pangkalan data warga miskin / ibu tunggal / oku yang berkongsikan data di antara Jabatan bawah Selangor? (Contoh : Antara YAWAS, JKM dan JAIS)

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri kini sedang dalam fasa akhir pembangunan sistem yang menggabungkan keseluruhan program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Sistem ini akan menyatukan semua data rakyat yang menerima program IPR dari pelbagai agensi yang terlibat sekaligus dapat dikongsi oleh semua agensi yang menyediakan inisiatif bantuan kepada rakyat.

    Sistem ini sedang dibangunkan oleh pihak Media Selangor (dahulunya dikenali sebagai Corporate Communication Sdn Bhd – CCSB) yang dijangka siap pada 31 Disember 2020 dan sentiasa dipantau rapat oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan sistem ini dapat digunakan secara optimum, berfungsi dengan baik dan bermanfaat kepada pengguna yang bakal menggunakannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.