Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

27) PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk pembangunan sukan dan atlet di Negeri Selangor.

    Program Pembangunan Sukan Negeri sentiasa konsisten setiap tahun dan hasilnya Negeri Selangor telah menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) sebanyak 10 kali sepanjang 18 edisi Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan. Selain itu juga, lebih dari 40 peratus atlet Selangor terpilih untuk mewakili Negara di kejohanan sukan berprestij seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komenwel dan Sukan Olimpik.

    Di antara langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai salah satu hub sukan negara adalah dengan mempraktikkan konsep 2i iaitu incorporate dan intergrate dengan semua agensi dan jabatan yang menjalankan program pembangunan sukan secara langsung dan tidak langsung di Negeri Selangor ini.

    Melalui konsep 2i ini, Majlis Sukan Negeri Selangor yang merupakan badan induk sukan negeri bertanggungjawab untuk menyelaraskan program pembangunan sukan di peringkat daerah iaitu Pusat Latihan Daerah (PLD) dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah, Persatuan Sukan Negeri dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) bagi memastikan sukan-sukan di setiap daerah berjalan dengan lancar.

    Pusat Latihan Daerah (PLD) diwujudkan untuk merancakkan lagi pembangunan sukan di daerah. Selain itu, dapat membantu Majlis Sukan Negeri Selangor untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.