Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

113) PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan atlet yang berjaya masuk dalam program pembangunan sukan Negeri Selangor dan berapa kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan?

    Program Pembangunan Sukan di Negeri Selangor bermula di peringkat daerah melalui Program Bakat. Program Bakat yang diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat sukan tertentu di peringkat daerah. Melalui program ini, atlet-atlet yang telah mencapai tahap pencapaian prestasi yang ditetapkan akan memalui ke Program Pelapis yang akan memberi tumpuan bagi melahirkan atlet prestasi tinggi.

     

    Program Pelapis ini juga akan didedahkan kepada kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan peringkat kebangsaan atau SUKMA. Apabila atlet itu telah mencapai satu prestasi yang lebih baik, mereka akan diletakkan di Program Elit SUKMA iaitu program yang lebih memfokuskan persediaan atlet untuk mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang merupakan kejohanan sukan berprestij di Negara Malaysia. Sukan Malaysia (SUKMA) adalah satu platform pemiihan untuk para atlet negeri bersaing untuk mendapatkan tempat ke program kebangsaan bagi mewakili negara.

    1. ELIT
    2. SUKMA
    3. PELAPIS NEGERI
    4. BAKAT DAERAH

    Struktur Pembangunan Sukan di Negeri Selangor

     

    Bagi tahun 2019, bilangan atlet di program pembangunan sukan Negeri Selangor adalah seramai 3876 atlet yang terdiri daripada 2708 atlet lelaki dan 1168 atlet wanita. Berikut adalah sukan-sukan yang dibangunkan yang berada dibawah pembangunan sukan Negeri Selangor  seperti dilampiran (Bilangan Atlet Program Pembangunan Sukan 2019).

    Jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan bagi pembangunan sukan di Negeri Selangor pada tahun 2019 adalah berjumlah RM 2.47 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.