Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

187) PEMBANGUNAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perancangan pembangunan Sungai Kelang? Berapa kos dan bilakah ianya akan mula dilaksanakan?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 7/2018 pada 7 Mac 2018 dan disahkan oleh MMKN 8/2018 pada 14 Mac 2018 telah meluluskan Pelan Pembangunan Sungai Klang yang dikenali sebagai Selangor Maritime Gateway (SMG) dan melantik anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) sebagai Master Developer bagi melaksanakan Fasa 1 SMG melibatkan jajaran sejauh 22.0km bermula daripada Taman Awam Pengkalan Batu sehingga ke muara Sungai Klang.

    Projek Fasa 1 SMG akan dimulakan dengan penaiktarafan Taman Awam Pengkalan Batu dan penambahbaikan kawasan pemuliharaan bakau seluas 70 ekar yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Pelaksanaan kedua-dua projek ini merupakan komponen penting sebagai pemangkin kepada pembangunan Fasa 1 SMG kerana Taman Pengkalan Batu dan Mangrove Point yang dibina ini akan memperagakan warisan kehijauan dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam semulajadi termasuk Sungai Klang. Rakyat di Negeri Selangor khususnya akan menikmati kemudahan yang disediakan dan seterusnya membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik, selari dengan aspirasi atau visi Kerajaan Negeri iaitu “membangun bangsa, memakmur negeri”.

    Kerja-kerja awalan sedang giat dijalankan oleh pihak Landasan Lumayan dan pembinaan dijangka akan dapat dimulakan pada suku pertama 2019 dengan anggaran kos sebanyak RM30.0 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.