Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

134) PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan keseluruhan kawasan pembangunan penempatan di seluruh Selangor?

    Berdasarkan draf kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, kawasan petempatan adalah dalam kategori tepubina yang juga meliputi gunatanah perbandaran yang lain seperti kediaman, industri, perniagaan dan kemudahan. Keluasan semasa keseluruhan kawasan tepubina adalah seluas 208,264.81 hektar iaitu kira-kira 26 peratus (%) daripada keluasan keseluruhan negeri Selangor. Tumpuan guna tanah tepubina adalah di daerah Petaling adalah

    21.63 peratus (%), diikuti oleh daerah Sepang adalah 13.66 peratus (%), daerah Hulu Langat adalah 13.60 peratus (%) dan Klang adalah 13.01 peratus (%). Daerah-daerah ini adalah sebahagian daripada Pusat Pertumbuhan Utama berdasarkan potensi dan peranan dalam memacu pertumbuhan fizikal dan ekonomi negeri Selangor. Daerah-daerah ini akan terus menjadi tumpuan pembangunan selaras dengan matlamat pertumbuhan mampan untuk mencapai kedudukan 20 tempat teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi mampan. Secara amnya, semua daerah mengalami pertambahan keluasan kawasan tepubina. Di dalam tempoh 2002 – 2012, keluasan guna tanah tepubina telah bertambah sebanyak 26,208.94 hektar, dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan (KPPT) 1.71% setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.