Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

25) PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar baharu pembangunan tanah di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar?

    Kerajaan Negeri meneruskan dasar-dasar sedia ada yang berkaitan  pengurusan dan pentadbiran tanah yang menjamin proses terbuka, telus dan peduli rakyat. Ini termasuklah melaksanakan proses tender terbuka ke atas permohonan tanah-tanah kerajaan dan pengenaan bayaran premium nominal kepada pemohon yang telah mengusahakan tanah sebelum tahun 2008.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.