Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

283) PEMBANGUNAN TANAH TANPA PERMIT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan meningkatkan hukuman bagi pemilik tanah yang melakukan pembangunan tanpa permit dan mengakibatkan masalah seperti banjir lumpur dan sebagainya?

    Kesalahan pembinaan tanpa permit pembinaan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan merujuk Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) boleh dikenakan kompaun maksima sebanyak RM25,000.00 dan pemohon akan dikenakan denda 10 kali ganda merujuk UBBL semasa pengemukaan pelan bangunan.

    Selain itu, Mengikut Seksyen 18 dan19, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 tiada seorang pun boleh menggunakan tanah melainkan menurut Rancangan Tempatan serta memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan tanpa Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Berikutan isu pembangunan tanpa permit, ia selaras dengan pembangunan tanpa kebenaran merancang di mana sebarang pembangunan tanpa kebenaran merancang dimana sebarang pembangunan tanpa Kebenaran Merancang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 27, Akta 172 dimana sebarang ketidakpatuhan notis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.