Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

171) PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengawal selia pembangunan tanpa kelulusan yang terdapat di kawasan luar bandar seperti tanah pertanian , kampung tradisi dan kampung baru?

    Pembangunan tanpa kelulusan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ditadbir dan dikawal oleh PBT melalui penguatkuasaan di bawah Akta 172. Aktiviti – aktiviti yang boleh diambil tindakan adalah kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan seperti kegunaan tanah dan bangunan yang dijalankan tidak mematuhi Rancangan Tempatan, pemajuan tanpa kebenaran merancang dan pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.