Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

87) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program pembangunan teknologi hijau di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, terdapat 4 sektor utama yang akan diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan teknologi hijau iaitu, tenaga, pengangkutan, bangunan, sisa pepejal dan air.

    Antara program pembangunan teknologi hijau yang telah dan akan di laksanakan di Negeri Selangor: –

    • Perbandaran Hijau melalui Bandar Rendah Karbon Selangor (LCCF)
    • Penggunaan kenderaan elektrik
    • Perolehan hijau
    • Pelaburan hijau
    • Pemasangan bumbung solar bagi projek perumahan Selangorku
    • Pemasangan bumbung solar dan lampu LED di bangunan premis Kerajaan
    • Pusat Data Hijau
    • Kitar Semula Sisa
    • Program Simbiosis Industri
    • Seminar teknologi hijau
    • Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
    • Pusat Biomas Bersepadu
    • Menyediakan laluan Pejalan Kaki
    • Menyediakan Laluan Basikal
    • Menggalakkan Kebun Komuniti/Kebun Kejiranan
    • Menggalakkan Pengkomposan Sisa

    Bagi tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi vot belanja mengurus dan RM 1,000,000.00 bagi vot belanja pembangunan yang dikongsi bersama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar.

    Di samping itu, melalui PBT, pelbagai program dan inisiatif teknologi hijau telah di laksanakan seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

    PBT Program dan Inisiatif Teknologi

    Hijau

    Kos Tahun

    Pelaksanaan

    MBPJ 1.    Skim Insentif Rebat Cukai Taksiran Kepada Rumah Mesra Alam Hijau Petaling Jaya.

     

    2.    Skim meletak kereta percuma kepada pemilik kereta hybrid dan kereta elektrik yang di beli di Petaling Jaya.

     

    3.    Program pemasangan lampu LED secara percuma di lorong belakang rumah kediaman.

     

    4.    Projek perintis pengkomposan sisa makanan di kantin ibu pejabat MBPJ.

     

    5.    Anugerah Tokoh Hijau Petaling Jaya.

     

    6.    Program pengumpulan minyak masak terpakai & 3R

     

    7.    Projek penukaran lampu konventional kepada lampu LED di ibu pejabat MBPJ.

    RM 266,000.00 2011
       

     

    8.    Projek sistem penuaian air hujan di ibu pejabat MBPJ (Rain water harvesting system).

     

    9.    Mewujudkan MBPJ CarbonManagement Pelan

       
    MBSA 1.        Kayuhan Hijau ke Tanjung Piai.

     

    2.        Kebun Komuniti (Mini Zee Bee).

     

    3.        Buku Adam The Series.

     

    4.        Earth Hour (Nite Cycling).

     

    5.        Program Transformasi Lorong Belakang di Seksyen 7 dan Seksyen 9 Bersama Komuniti.

     

    6.        Program “Capacity

    Building”               kepada kakitangan dan pihak perunding berkaitan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).

     

    7.        Pelancaran ‘Inisiatif Penghijauan Lorong Belakang Shah Alam 2015’.

     

    8.        Dusun Komuniti@My Sekolah Shah Alam

     

    9.        Shah Alam Trees For Life 2015.

    RM 3,002,300.00 2013
      10.      Projek ‘Green Roof’ Wisma MBSA.

     

    11.      Projek Tempat Letak Kereta Telap Air.

     

    12.      Inovasi                 Tempat Pengasingan Sampah Kediaman Rumah Teres di Kediaman Rumah Teres dan Pangsapuri.

     

    13.      Projek Kompos Sisa Pasar.

       
    MPSJ 1.           Membangunkan pusat biomass di Bandar Bukit Puchong yang memproses bahan buangan domestik dari rumah serta daun- daun kering  yang dijadikan baja.

     

    2.           Penggunaan            bas elektrik atau dikenali sebagai Bas Komuniti yang                memberi perkhidmatan             di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan                       Majlis

    Perbandaran Klang

    RM 6.5 juta 2013
    MPS 1.           Hari Tanpa Polisterin dan Plastik. (menetapkan hari Rabu sebagai hari kempen di  kawasan Bangunan                                Pejabat

    Pentadbiran               Majlis Perbandaran        Selayang

    sahaja)

    RM 20,000 2014
       

    2.               Program Bank Kitar Semula di Sekolah. (Melibat 3 buah sekolah)

     

    3.               Program Pengkomposan Sisa Makanan di Jabatan MPS

       
    MPSP 1. ‘Skim Teknologi Hijau, MajlisPerbandaran Sepang’ – Skim ini merupakan rebat cukai taksiran kepada pemilik bangunan berstatus Hijau (GBI, LEEDS dll) di kawasan

    Pentadbiran MPSepang.

    tiada 2013

Lampiran

Tiada Lampiran.