Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

71) PEMBANGUNAN TERBENGKALAI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah pembangunan terbengkalai di sebelah Damen antara Persiaran Subang Permai dan Persiaran Subang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, masalah pembangunan terbengkalai berhampiran Damen antara Persiaran Subang Permai dan Persiaran Subang merupakan projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Chinion Sdn Bhd (pemaju) yang telah digulungkan pada 25 Januari 2012. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai Perumahan Chianion ini melalui beberapa siri perbincangan yang telah diadakan sejak tahun 2012 seperti berikut:

     

    • Mewujudkan Jawatankuasa Projek Terbengkalai Dan Bermasalah serta Jawatankuasa Kecil Projek Terbengkalai Dan Bangunan Bermasalah di peringkat MPSJ bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai

     

    • MPSJ turut mengadakan perbincangan dengan semua Jabatan Teknikal seperti Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD), Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS), pemaju serta pelekuidasi bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai terbabit. Walau bagaimanapun, tiada jalan penyelesaian dan kerjasama diberikan oleh Pelekuidasi dan

     

    • PTD juga dicadangkan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas tanah pembangunan tersebut selaras peruntukan di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu kegagalan membayar cukai tanah. Tindakan perampasan tidak dapat dilaksanakan PTD kerana pemaju membayar cukai tanah setiap

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.