Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

86) PEMBANGUNAN USAHAWAN ANAK MUDA DAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing?

    Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing.

    Antara usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan muda demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing adalah seperti berikut :

    1. Mengenalpasti kategori dan kecenderungan belia;

    1. Mewujudkan pangkalan maklumat lengkap tentang belia Selangor;
    2. Mewujudkan mekanisma pengurusan dan komunikasi belia Selangor;

    1. Mengenalpasti dan   melaksanakan   program-program    belia   yang menekankan aspek kepedulian masyarakat;

    1. Membentuk budaya sayangkan ilmu dikalangan belia;

    1. Membantu belia dalam mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian;

    1. Menyediakan peluang dan ruang untuk belia bergerak aktif dalam sukan; dan

    1. Menganjurkan program hiburan yang bersesuaian selaras dengan kehidupan yang sihat dan

    Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai insentif kepada golongan anak muda dan golongan wanita seperti berikut :

    1. Program-program pemberdayaan wanita Selangor melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan persatuan NGO diseluruh Selangor;

    1. Program Hijrah merupakan pemerkasaan melalui peranan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin bandar (MiMBAR) ia bertujuan bagi melonjakkan ekonomi golongan miskin khususnya golongan anak muda dan golongan wanita memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan dan berhiijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah. Kerajaan Negeri memperuntukan dana sebanyak RM100 juta untuk program ini dan mensasarkan 1,000 penerima untuk setiap DUN bagi menerima manfaat

    1. Program Pembangunan Usahawan

    Kerajaan Negeri menyediakan bantuan dana dan program seperti latihan, kursus, bengkel, seminar dan pameran kepada para usahawan untuk memajukan dan merancakkan lagi industri perniagaan. Insentif ini diberikan sebagai galakan dan tarikan kepada para usahawan untuk terus maju dan memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Diantara program yang benar-benar memberi impak kepada usahawan anak muda adalah Selangor Food Festival dan Fashion Street.

    1. Program Pembangunan Bakat

    Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Selangor  Human Resources Development Centre (SHRDC) melaksanakan program pembangunan bakat dan memberi fokus kepada pelajar lepasan sekolah. Manakala program peningkatan kemahiran industri dilaksanakan semasa pembelajaran di universiti dan kolej.

    Program ini bertujuan untuk melatih lebih ramai peserta terutama lepasan sekolah untuk membangunkan karier mereka sekaligus mengurangkan kebergantungan industri kepada tenaga kerja luar. Mereka yang menyertai program ini akan diserapkan ke dalam syarikat secepat mungkin dan peratusan untuk mendapatkan pekerjaan apabila menyertai program ini adalah 100% kerana pemilihan peserta program dibuat oleh syarikat yang terlibat.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program Jom Kerja yang menawarkan peluang pekerjaan yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor bermula tahun 2009 – Julai 2015 dengan pencapaian sebanyak 16 program dan seramai 9,014 pemohon. Maklumat terperici pelaksanaan program tersebut adalah seperti jadual di bawah:

    PENCAPAIAN PROGRAM JOM KERJA BERMULA TAHUN 2009 – JULAI 2015

    Bil

    Daerah

    Tarikh Program

    Syarikat Terlibat

    Pemohon : Berdaftar (Orang)

    Pemohon : Berjaya Ditemuduga (Orang)

    1.

    Sabak Bernam

    dan Kuala Selangor

    7 – 8 Nov 2009

    20 buah

    1,078

    480

    2.

    Kuala Langat

    14 – 15 Dis

    2009

    16 buah

    1,672

    670

    3.

    Klang

    9 – 10 Jan 2010

    29 buah

    2,060

    886

    4.

    Petaling

    3 – 4 April 2010

    22 buah

    400

    187

    5. Hulu Selangor 18 April 2010 20 buah 141 81
    6. Sepang 9 Okt 2010 10 buah 211 137
    7. Hulu Langat 13 Nov 2010 8 buah 144 118
    8. Gombak 27 Nov 2010 9 buah 107 52
    9. Kuala Langat 18 Jun 2011 11 buah 70 31
    10. Klang 30 – 31 Mac

    2013

    23 buah

    884 304
    11. Kuala Selangor 8 Februari 2014 17 buah 1,166 426
    12. Kuala Langat 6 April 2014 12 buah 350 251
    13. Hulu Langat 11 Mei 2014 10 buah 150 82
    14. Klang 16 November

    2014

    10 buah 306 255
    15. Gombak 12 April 2015 9 buah 65 53
    16. Sabak Bernam 14 Jun 2015 15 buah 210 124
    JUMLAH 9,014 4,113

    1. Blue Print Kemiskinan

    Insenti Kerajaan masih diteruskan dalam usaha membangunkan rakyat Selangor dari dibelenggu kemiskinan. Justeru itu, Kerajaan Negeri menyediakan Program Blue Print Kemiskinan bagi membantu warga Selangor yang masih lagi berada di bawah paras kemiskinan. Program Blue Print Kemiskinan ini memberi bantuan berbentuk peralatan bagi pemohon memulakan perniagaan atau memulakan aktiviti meningkatkan pendapatan isi rumah.

    1. Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.