Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

30) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status program usahawan India, mengikut jenis perniagaan yang ditawarkan serta DUN yang berjaya mengikuti program tersebut?

    1. Progam Usahawan India ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian merangkumi Dana Usahawan India Selangor (DUIS), Get Rich Own Way (GROW) dan Latihan usahawan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berikut perincian setiap bahagian;

    Dana Usahawan India Selangor (DUIS)

    Sejumlah 443 pemohonan telah diterima bagi mendapatkan bantuan dana perniagaan yang mana dana tersebut akan digunakan untuk pembelian peralatan. Bantuan program ini sedang dalam proses perolehan.  Berikut merupakan pecahan mengikut PBT:

     

    BIL PBT PEMOHON YANG LAYAK
    1 AMPANG 39
    2 HULU SELANGOR 40
    3 KAJANG 26
    4 KLANG 79
    5 KUALA LANGAT 80
    6 KUALA SELANGOR 42
    7 SUBANG JAYA 29
    8 PETALING JAYA 7
    9 SABAK BERNAM 13
    10 SELAYANG 37
    11 SEPANG 32
    12 SHAH ALAM 19
    JUMLAH 443

    Get Rich Own Way (GROW)

    Program ini berbentuk bimbingan perniagaan kepada peserta yang tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan.  Program ini akan dijalankan selama 3 bulan dan peserta akan mendapat bantuan peralatan mengikut pakej yang disertai setelah selesai mengikuti kursus tersebut.  Berikut merupakan pecahan kursus:

    Bil Pakej Syarikat Peneraju Jumlah Peserta
    1 RM2,000.00 Resh Hair Studio              (Gunting rambut)

     

    10 pax
    3 RM3,000.00

     

     

     

     

     

     

    Bwood Studio

    (Fotografi)

     

    Sai Garments

    (Jahitan)

     

    Casper Creative Solution

    (Kimpalan)

    10 pax

     

    10 pax

     

    10 pax

    JUMLAH 40 PAX

     

    • Latihan Usahawan

    Program latihan ini terbahagi kepada 2 segmen iaitu latihan pengurusan dan kemahiran dan pembuatan.  Perincian kursus adalah seperti berikut:

    • Latihan pengurusan

    Modul latihan ini  memfokuskan kepada subjek pengurusan dan pengendalian perniagaan secara efisyen, sistematik dan mengikut trend terkini.

     

    TARIKH TEMPAT TAJUK HADIR
    5-6/10/19 Hotel Carlton

     

    Pengurusan kewangan 36
    17/11/19 Foyer SUK

     

    Business Model Canvas 199
    24/11/19 Politeknik Shah Alam Pemasaran digital 74
    30/11/19 Dewan Hamzah Teknologi Pembungkusan Makanan 136
    1/12/19 Dewan Hamzah Kesedaran perniagaan 130
    JUMLAH 575

     

    • Latihan kemahiran dan pembuatan

    Kursus kemahiran dan pembuatan merupakan satu program one off yang diberikan kepada peserta yang layak.  Program ini dijalankan dengan kerjasama 12 PBT dengan pilihan modul perniagaan yang terkini.

    BIL TARIKH PBT TAJUK PESERTA HADIR
    1 29/11/19 MP SELAYANG Kuih Tradisional 30
    2 30/11/19 MDKS Jambangan Bunga 25
    3 15/12/19 MPKJ Kuih Tradisional 25
    4 21/12/19 MDKL Jambangan Bunga 35
    5 28/12/19 MPK Ukiran Henna 35
    6 29/12/19 MPPJ Jambangan Bunga 30
    7 27/01/2020 MPAJ Ukiran Henna 44
    JUMLAH 224

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.