Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

74) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramai peserta yang telah mengikuti program Pembangunan Usahawan di bawah PKNS dari tahun 2008 hingga 2015?

    PKNS mula melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan bumiputera secara serius sejak tahun 1995 melalui penubuhan Sekretariat MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera). Bahagian ini berperanan dengan menjalankan segala dasar, strategi serta program MPPB di PKNS yang mana meliputi aspek penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat, latihan serta pemantauan setiap program MPPB yang

    Dasar : Membina masyarakat usahawan Bumiputera melalui pembudayaan, pembangunan, pemantapan dan jaringan usahawan.

    Objektif : Mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan program keusahawanan bertujuan mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

    Berikut merupakan senarai peserta program Pembangunan Usahawan bagi tahun 2008 hingga 2015 :

     

    BIL.

    PROGRAM KUMPULAN SASAR PESERTA
    1. Program Perintis Usahawan Pelajar sekolah rendah 480
    2. Program Tunas Niaga Pelajar sekolah menengah 11,224
    3. Kelab Permata Pelajar Universiti 15,119
    4. Program GROW Mahasiswa 150
    5. Sub Kontraktor Bumiputera Kontraktor kecil 82
    6. Vendor Inkubator Payung Pengilang bahan binaan 30
    7. Smart Retail Usahawan peruncitan 190

     

    8. Akademi MPPB Usahawan umum 8,690
     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

    35,965

Lampiran

Tiada Lampiran.