Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

104) PEMBANGUNAN USAHAWAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila butirkan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan dan membantu syarikat baru dan berinovasi (startups) dalam sektor sains dan teknologi di Negeri Selangor?

    Program Accelerator Selangor (SAP) telah dilaksanakan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020. Seramai 30 syarikat pemula (startup) telah dipilih untuk menyertai program latihan SAP selama empat bulan. Selain daripada itu, program Pitch@Selangor juga telah diadakan bagi memberi peluang kepada syarikat pemula ini untuk mempersembahkan idea dan modul perniagaan kepada kerajaan dan syarikat modal teroka (Venture Capital Company).

Lampiran

Tiada Lampiran.