Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

199) PEMBANGUNAN WANITA BERDAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah NGO-NGO di Selangor berfungsi dalam membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi Selangor?

    Dalam konteks Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan Wanita Selangor (MPWS) telah diwujudkan  pada 15 November 2011. Ia dianggotai para ahli akademik, profesional, pemimpin politik, dan badanbadan bukan kerajaan (NGO).

    Para NGO yang menganggotai MPWS telah membantu kerajaan negeri dalam menyediakan Pelan Tindakan Wanita Selangor (PTWS) yang bermisikan : Pemberdayaan wanita Selangor ke arah pembangunan masyarakat madani.

    Di antara kandungan PTWS ialah meningkatkan ekonomi golongan-golongan wanita seperti berikut :

    1. Wanita OKU
    2. Wanita Muda
    3. Remaja Perempuan
    4. Orang Asli
    5. Wanita Bekerja & Sektor Informal
    6. Suri Rumah
    7. Ibu Tunggal
    8. Industri
    9. Wanita Miskin

    10.Wanita Luar Bandar & Wanita Ladang

    NGO-NGO ini banyak berkongsi kajian dan penyelidikan yang telah mereka laksanakan.

    Juga   menyumbang           kepakaran     dalam             bidang            khusus           seperti bisnes/ekonomi/kewangan.

    Membantu mengendalikan kursus-kursus kepimpinan organisasi, kemahiran pengurusan bisnes, kewangan dan juga pembangunan jati diri untuk wanita Selangor.

    Memberi input berterusan mengenai isu-isu semasa berkaitan ekonomi wanita, seperti hak dalam pekerjaan, perkhidmatan perlindungan hak, penjagaan kanakkanak, pengurusan stres, keadilan dan kesaksamaan gender serta berkongsi model-model pelaksanaan ekonomi yang berjaya.

    Keanggotaan MPWS adalah seramai dua puluh dua orang.   Tujuh daripadanya adalah NGO (WIRDA, ABIM, TENAGANITA, IKRAM, EMPOWER, AWAM, PERINTIS).

    Selain itu, ada juga NGO-NGO  selain yang menganggotai MPWS yang turut memberi sumbangan ke arah meningkatkan status ekonomi rakyat Selangor.

    MAKPEM, MAPMAS, Persatuan Penduduk, Puspanita, Lawyers For Liberty, iLawyers, Persatuan Peguam Syarie, Branding Muslim Women (BMW), PEKAWANIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.