Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

58) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai program serta bilangan penglibatan wanita dalam program PWB ikut DUN dalam tempoh Mei 2013 hingga Jun 2017

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga amat komited dan peka terhadap pembangunan setiap program yang telah dilaksanakan. Justeru itu, pencapaian Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam agenda memberdayakan wanita di Selangor. Antara pencapaian PWB dari tahun 2015 sehingga 2016 ialah sebanyak 1,726 buah program yang telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM2,690,923.50 yang telah digunakan bagi program-program pemberdayaan wanita di seluruh Selangor. Manakala sehingga bulan Jun 2017, peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM695,976.00 untuk 545 buah program.

    Program yang dilaksanakan adalah mengikut garis panduan dan bidang fokus yang telah ditetapkan. Bidang fokus tersebut adalah seperti berikut: (Senarai penglibatan wanita disertakan pada Lampiran A).

    Program Pengembangan Kapasiti:-

    1. Ekonomi
    2. Perundangan
    3. Kepimpinan dan pendemokrasian
    4. Urustadbir baik
    5. Pembangunan Keluarga
    6. Kesihatan Keluarga
    7. Keusahawanan
    8. Latihan gender
    9. Alam sekitar dan kepenggunaan
    10. Keselamatan Keluarga
    11. Program Kemahiran
    12. Industri pembuatan makanan dan minuman
    13. Industri pembuatan pakaian
    14. Industri seni dan Kraftangan
    15. Rekabentuk dalaman
    16. Laman tani dan Landskap
    17. Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
    18. Gaya hidup sihat
    19. Perkhidmatan dan penyelenggaraan

Lampiran

Tiada Lampiran.