Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

132) PEMBASMIAN TIKUS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan.

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil beberapa langkah yang drastik bagi membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan. Antara langkah yang telah diambil adalah seperti di bawah :-

    • Mempertingkatkan pemeriksaan, penggreddan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis makanan dimana premis yang didapati tidak mencapai piawaian tindakan penutupan premis akan dikenakan.
    • Premis-premis makanan yang berlesen dikehendaki menjalankan tindakan Kawalan Serangga dan Tikus di premis mereka.
    • Memperketatkan syarat-syarat Pengeluaran            Lesen             Baru   serta Pembaharuan Lesen.
    • Mempertingkatkan operasi pembersihan di kawasan-kawasan pasar basah dan kawasan lain yang berpotensi untuk pembiakan tikus.
    • Mengadakan promosi dan pendidikan kesihatan dengan pelbagai cara termasuk ceramah, edaran risalah serta pameran berkaitan Leptospirosis.
    • Melaksanakan operasi kawalan tikus secara berjadual serta mengedarkan Perangkap Tikus dan Gam Pelekat Tikus secara percuma kepada pemilik premis perniagaan.

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan Populasi Tikus dan penyakit Leptospirosis dengan melaksanakan kerja-kerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.