Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

14) PEMBATALAN LEBUHRAYA KIDEX

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri meyakinkan rakyat untuk menyelesaikan kesesakan trafik di Lembah Klang selepas pembatalan KIDEX?

    a), b) dan c)

     

    Y.B. Permatang ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyuraikan sistem trafik di Lembah Klang di Negeri Selangor setelah pembatalan projek Lebuh Raya KIDEX. Kita harus menerima hakikat bahawa tekanan pembangunan yang begitu pesat di Negeri Selangor telah melebihi daripada kemampuan kapasiti sistem pengangkutan yang sedia ada dan pendirian Kerajaan Negeri ialah pembinaan Lebuh Raya bukannya satu penyelesaian mutlak untuk meleraikan trafik yang semakin sesak di Negeri Selangor. Sebab itu pembentangan Belanjawan Tahun 2016 Kerajaan Negeri telah pun mengemukakan cadangan supaya kita beranjak kepada sistem pengangkutan awam yang sepadu berkapasiti tinggi dan lestari untuk diselaraskan termasuk penggunaan tanah yang optima. Kerana pembinaan Lebuh Raya ini seperti yang saya nyatakan berulang kali ia beralih kepada mengalihkan mesin tidak mengalihkan rakyat. Sebab itu kita juga telah menetapkan dalam membina pelan struktur sistem pengangkutan awam ini kita harus mengambil kira pandangan ramai dan juga keperluan pertumbuhan baru. Hari ini Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan menerima pakai Seksyen 20A di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Di mana dalam Seksyen 20A ini Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab bersama untuk berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor apa-apa aktiviti-aktiviti kemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam negeri ini. Pada ketika ini kita sedang berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk melihat semula sasaran yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) iaitu menggunakan kenderaan persendirian berbanding nisbah pengangkutan

     

    awam iaitu mereka menggunakan 40, 60 pengangkutan awam dan 40 pengangkutan persendirian, 60 awam. Kalau unjuran ini dikekalkan apa yang berlaku ialah ia memberi ruang untuk lebih banyak lebuh raya dan itu tidak menyelesaikan masalah. Sekarang Kerajaan Negeri sedang menyiapkan satu kajian pelan induk pengangkutan awam yang akan disiapkan pada hujung tahun ini. Dan saya percaya dengan pelan induk pengangkutan awam yang sedang disiapkan oleh Kerajaan Negeri ini kita dapat membina satu sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan berkapasiti tinggi. Di antara perkembangan yang terbaru untuk makluman Yang Berhormat ialah perbincangan yang agak aktif dengan Prasarana Malaysia untuk pembangunan Projek LRT3 yang saya umumkan baru-baru ini di mana sekiranya projek ini siap pada tahun 2020 ini nanti ia dapat menampung kapasiti 70,000 penumpang sehari untuk perjalanan daripada Bandar Utama ke Johan Setia sejauh 36km.

Lampiran

Tiada Lampiran.