Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

171) PEMBATALAN LESEN PENDUDUKAN TANAH SEMENTARA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak dari tahun 2008, Kerajaan tidak lagi menyambung lesen T.O.L ke atas tanah-tanah yang diberi lesen berkenaan. Kemungkinan ada kilang atau aset yang didirikan di atas tanah tersebut. Setelah lesen tersebut dibatalkan, apakah tindakan Kerajaan terhadap aset-aset tersebut?

    Apabila Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dibatalkan, apa-apa pendudukan di atas tanah kerajaan adalah menjadi tidak sah dan pengusaha boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu pendudukan secara tidak sah di atas tanah kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.