Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

51) PEMBAYARAN DI BAWAH SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pembayaran telah dibuat setiap tahun di bawah SKIM Mesra USIA EMAS (SMUE) dari tahun 2008 hingga 2015?

    Skim Mesra Usia Emas merupakan antara program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang paling awal diwujudkan bermula pada tahun 2008. Ia bertujuan untuk menjaga kebajikan Warga Emas dan OKU dalam urusan berkaitan pengurusan jenazah apabila Ahli yang berdaftar meninggal

    Proses pembayarannya pula akan melibatkan dua (2) fasa ia itu bayaran Fasa Pertama bernilai RM1000.00 akan dibuat di peringkat DUN dan bayaran Fasa Kedua akan dilaksanakan di peringkat Pejabat Daerah. Bayaran Fasa Kedua pula akan dibuat dalam tempuh dua (2) bulan selepas bayaran Fasa Pertama diselesaikan.

    Jumlah bayaran mengikut pecahan tahun adalah seperti jadual yang dikemukakan di bawah.

    PEMBAYARAN SMUE MENGIKUT TAHUN

    Tahun Jumlah

    (RM)

    2008 867,000
    2009 19,764,000
    2010 21,515,500
    2011 20,700,500

     

    2012 24,725,500
    2013 21,648,000
    2014 30,303,000
    2015 26,345,500
    Jumlah 165,869,000

Lampiran

Tiada Lampiran.