Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

13) PEMBEKUAN LESEN SIBER

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Walaupun pembekuan lesen-lesen siber masih berkuat kuasa, kenapakah dilihat kini banyak kafe siber baru tumbuh seperti cendawan?

    Pembekuan lesen pusat siber masih lagi berkuat kuasa. Walau bagaimanapun oleh
    kerana wujud kehendak pasaran maka pengusaha telah mengambil jalan pintas
    dengan membuka premis – premis tanpa lesen. PBT secara terus-menerus
    menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti ini. Di samping itu juga Kerajaan
    Negeri sedang dalam proses menyediakan satu cadangan reka bentuk yang
    seragam untuk semua Pusat Siber/ Kafe Siber bagi memudahkan pemantauan dan
    penguatkuasaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.