Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

81) PEMBEKUAN TANAH TOL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini pembekuan tanah TOL?

    Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tidak pernah dibekukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 33/2011 yang bermesyuarat pada 12 Oktober 2011, telah mengarahkan supaya kuasa melulus Pentadbir Tanah Daerah diberhentikan dan semua permohonan LPS hendaklah dikemukakan  ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk pertimbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.