Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

41) PEMBELAAN GOLONGAN PEKERJA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan dasar atau/ dan program yang khusus demi membela kaum pekerja yang
    dipercayai sedang, telah atau akan dianiaya majikan?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan untuk mengadakan dasar atau program khusus demi membela kaum pekerja yang dipercayai sedang, telah atau akan dianiaya majikan kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja.

Lampiran

Tiada Lampiran.