Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

73) PEMBELAAN KAUM PEKERJA – INSTITUT PEMBEDAYAAN PEKERJA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Institut tersebut dalam kontek Akta Pehubungan Perusahaan 1967 , Akta Kerja , Akta Kesatuan Sekerja æ, ILO Konvensyen 87 dan 98 ?

    Institut Pemberdayaan Pekerja merupakan institut yang ditubuhkan bagi merangka polisi dan kebajikan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pekerja, menangani isu-isu semasa melibatkan pekerja dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Jawatankuasa induk institusi ini akan dianggotai oleh wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
    Bagi merangka polisi yang berkaitan merujuk kepada akta – akta sedia ada, rangkaian kerjasama strategik bersama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial perlu diadakan sesuai dengan penubuhan institusi ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.