Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

221) PEMBELAAN UNTUK GOLONGAN MUDA SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah Kerajaan Negeri untuk membela & membantu golongan muda untuk mengurus kos sara hidup & ekonomi.

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil maklum serta mengambil pelbagai langkah untuk membela dan membantu golongan muda mengurus kos sara hidup ekonomi golongan anak muda di Selangor. Ini berikutan taraf hidup yang semakin meningkat dan pembangunan belia perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pekerjaan dan pendapatan untuk memastikan pembangunan Negeri yang mampan.

    Dalam usaha untuk memperkasakan belia Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai insentif kepada belia di Selangor untuk menjadi usahawan yang berjaya dan juga untuk merangsang aktiviti keusahawanan belia di Selangor dengan bantuan perniagaan yang disediakan kepada anak muda.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan penyediaan sewaan premis perniagaan kepada golongan usahawan seperti di Uptown Shah Alam dan Pasar Seri di Giant, Seksyen 13, Shah Alam.

    Seterusnya, Kursus Keusahawanan juga turut disediakan kepada golongan belia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan pinjaman melalui HIJRAH Selangor bagi memulakan perniagaan kepada golongan belia untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut :-

    JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH BAYARAN

    BALIK

     
    SKIM 1 3,000.00- 25 minggu (6 bulan)  
      5,000.00  
    50 minggu (12 bulan)
        100 minggu (24 bulan)  
        150 minggu (36 bulan) Ditawarkan kepada semua peminjam yang berkelayakan
    SKIM 2 6,000.00-

    10,000.00

    25 minggu (6 bulan)
    50 minggu (12 bulan)
    100 minggu (24 bulan)
        150 minggu (36 bulan)  
    SKIM 3 15,000.00- 25 minggu (6 bulan) Hanya ditawarkan
      20,000.00 kepada peminjam
    50 minggu (12 bulan)
        yang telah tamat
    100 minggu (24 bulan)
        pinjaman pusingan
    150 minggu (36 bulan)
        pertama dengan kredit

    disiplin yang memuaskan

    SKIM 4 30,000.00-

    50,000.00

    25 minggu (6 bulan)
    50 minggu (12 bulan)
    100 minggu (24 bulan)
        Hanya ditawarkan

    kepada peminjam

    150 minggu (36 bulan)
          yang telah tamat
          pinjaman pusingan
          pertama dengan kredit
          disiplin yang
          memuaskan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.