Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

223) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor menawarkan sebarang kursus / program / bengkel untuk rakyat Selangor untuk pembelajaran sepanjang hayat?

    Antara senarai program yang telah ditawarkan adalah seperti berikut:-

    • Menyediakan program pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang.
    • Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Penjagaan Awam Kanak-Kanak, Makanan Ringan (cendol dan laksa), Penyelenggaraan Penyaman Udara, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin dan Jurubekam Klinikal Bertauliah. Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal.
    • Program Intership High Impact Talent (i-HIT) iaitu sebuah program yang disasarkan kepada pelajar tahun akhir UNISEL, KUIS dan INPENS. Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendapat latihan tambahan subjek-subjek niche yang diperlukan di industri.   Pelajar-pelajar akan dipilih oleh industri sebelum memasuki program dan seterusnya mendapat tawaran pekerjaan secara langsung.
    • Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seterusnya membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.
    • Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRESS) adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.

    Program kursus / latihan INSAN Negeri Selangor yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang cemerlang, berkualiti, berdaya maju dan berdaya saing yang menjadi aset berkualiti kepada negeri dan berupaya menyumbang kepada pencapaian halatuju Kerajaan untuk menjadikan Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.