Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

260) PEMBELIAN KERETA CAMRY

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jika sebab penukaran kereta perdana kepada Camry bagi ahli Exco adalah kos penyelenggaraan yang tinggi, mengapakah kereta perdana untuk PBT dan agensi kerajaan yang lain tidak ditukar?

    Keputusan kereta Perdana untuk PBT dan agensi lain akan dilaksanakan mengikut keperluan selepas perbincangan dengan PBT dan agensi tersebut. Sebarang perubahan juga, jika ada, akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri, PBT dan agensi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.