Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

180) PEMBELIAN SPLASH OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Isu pembelian SPLASH, sejauh manakah pembelian ini mampu menjamin bekalan air bersih kepada seluruh rakyat Selangor dan berapa lama masa diambil untuk proses tersebut?

    Pada 03 Ogos 2018, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) telah pun mengemukakan surat tawaran pengambilalihan kepada wakil Pemegang Saham SPLASH yang terdiri dari Gamuda Berhad (“Gamuda”) (40%), The Sweet Water Alliance (“TSWA”) (30%) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS”) (30%). Tawaran pengambilalihan tersebut telah diterima dan dipersetujui oleh Pemegang Saham SPLASH dan pada ketika ini, Air Selangor dan SPLASH Holdings sedang merundingkan terma-terma dan syarat-syarat bagi Perjanjian Jual Beli Saham yang dijangka akan dimuktamadkan pada 14 September 2018.  Secara keseluruhannya, proses pengambilalihan SPLASH dan memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air ini akan disempurnakan pada 31 Disember 2018.  Mulai pada 01 Januari 2019, Air Selangor akan menjadi operator tunggal yang akan merawat dan membekalkan air kepada pengguna di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.