Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

210) PEMBENIHAN AWAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses pembenihan awan menggunakan teknologi dari Thailand dan berapakah kos yang telah dikeluarkan?

    Pihak LUAS telah mengambil inisiatif menjemput pakar operasi pembenihan awan daripada Jabatan Penerbangan untuk Penghasilan Hujan dan Pertanian Di Raja, Thailand (Royal Rainmaking and Agricultural Aviation Department) pada 2 hingga 6 Mei 2014. Kehadiran pakar daripada Thailand ini adalah bagi mendapatkan pandangan teknikal dan cadangan kaedah penambahbaikan yang boleh dibuat bagi meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan yang telah dijalankan di kawasan tadahan empangan di Negeri Selangor. Pakar daripada Thailand tersebut juga telah turut serta dalam operasi pembenihan awan bersama LUAS dan Jabatan Metorologi Malaysia semasa tempoh lawatan. Kos yang dikeluarkan bagi mendapatkan pandangan teknikal dan kepakaran daripada Thailand adalah hanya melibatkan tiket penerbangan pergi-balik dari Thailand ke Kuala Lumpur, kos penginapan hotel dan juga elaun perjalanan serta perundingan. Jumlah kos yang terlibat ialah RM11,514.80.

    Berdasarkan perbincangan, teknik perubahan cuaca (weather modification) yang digunakan bagi operasi pembenihan awan di Thailand dikenali sebagai “Teknik Sandwich” dimana pelbagai bahan digunakan dalam operasi pembenihan awan seperti  ais kering, sodium klorida, kalsium klorida dan lain-lain lagi pada altitud ketinggian yang berbeza. Dalam hubungan ini, beberapa kapal terbang akan diperlukan untuk menjalankan operasi pembenihan awan tersebut secara serentak bagi meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan.

Lampiran

Tiada Lampiran.