Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

15) PEMBENTUKAN FATWA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses untuk menentukan sesuatu fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor?

    Sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, ia perlu melalui beberapa proses seperti berikut:

     

    Kajian menyeluruh terhadap isu atau sesuatu perkara. Ia melibatkan rujukan kepada nas-nas tertentu serta sumber perundangan Islam yang lain. Selain itu, kajian lapangan juga dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik serta pengumpulan bahan atau

     

    Setelah selesai kajian, satu kertas kerja yang lengkap akan di bentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri

     

    Sekiranya sesuatu fatwa itu tidak perlu diwartakan, ia akan dimaklumkan terus secara bertulis kepada pihak yang

     

    Manakala bagi fatwa yang perlu diwartakan, keputusan fatwa tersebut akan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) & deraf pewartaan disediakan.

     

    Sembah taklimat kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor akan disediakan oleh pihak MAIS bagi mendapatkan perkenan Baginda sebelum sesuatu fatwa tersebut diwartakan.

     

    Fatwa yang telah diperkenan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebagai makluman.

     

    Proses pewartaan fatwa dilaksanakan oleh

     

    Fatwa yang telah diwartakan akan dimaklum dan disebarluaskan untuk makluman masyarakat awam melalui pelbagai medium serta media sosial

Lampiran

Tiada Lampiran.