Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

85) PEMBERDAYAAN WARGA MISKIN BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberdayakan warga yang berdepan masalah kemiskinan bandar?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan komited dalam mencapai kemiskinan sifar dalam pelbagai dimensi. Pelbagai usaha terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan konsep “Distributive Justice” kepada rakyat.
    Sebagai tanda kepedulian dan keprihatinan berterusan dalam membantu meringankan bebanan rakyat miskin dalam menghadapi tekanan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan Negeri sentiasa mempelbagaikan inisiatif dalam mengupayakan rakyat untuk keluar daripada kitaran kemiskinan. Namun begitu, program-program pembasmian kemiskinan ini adalah bersifat menyeluruh dan meliputi semua golongan miskin dan kurang berkemampuan di Negeri Selangor serta tidak fokus kepada golongan miskin bandar sahaja.
    Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah satu agenda yang memberi manfaat kepada golongan miskin bandar dan juga golongan miskin luar bandar. Antara Program-program yang diwujudkan untuk memberdayakan warga miskin adalah seperti seperti Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Program HIJRAH, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Skim Peduli Sihat, Program Dialisis Rakyat, Peduli Siswa, IKTISASS serta pelbagai lagi. Semua agenda dan rancangan Kerajaan Negeri ini telah memperlihatkan keberkesanan yang amat positif dalam menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat Negeri Selangor.
    Ketika ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan program bantuan khusus untuk memberdayakan warga miskin bandar. Namun yang demikian, Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang syor atau cadangan untuk membantu golongan ini untuk keluar dari kitaran kemiskinan.

Lampiran

Tiada Lampiran.