Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

51) PEMBERHENTIAN PEKERJAAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca pemberhentian pekerjaaan untuk tempoh 5 tahun lalu (2015-2019)?

    Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan majikan melaksanakan pemberhentian pekerja. Berdasarkan Borang Laporan Pemberhentian Pekerja 2004 (Borang PK) yang dikemukakan oleh majikan ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor, alasan-alasan pemberhentian pekerja adalah seperti berikut:-

    1. Kos pengeluaran meningkat
    2. Kejatuhan permintaan dalam pasaran
    3. Tukar sistem pengeluaran ke automasi
    4. Sebahagian operasi pindah tempat lain
    5. Pengurangan pengeluaran
    6. Penjualan syarikat
    7. Penggulungan syarikat
    8. Kejatuhan pasaran produk
    9. Sukar mendapat pekerjaan
    10. Tiada permintaan produk/perkhidmatan
    11. Outsourcing
    12. Alasan-alasan lain yang tidak dinyatakan

Lampiran

Tiada Lampiran.