Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

139) PEMBERI MILIKAN TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah bermula Dasar Pemberi Milikan tanah (tiada rancangan pembangunan ke atasnya) kepada penduduk (warganegara)?

    a), b) dan c)

     

    Untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, Dasar Pemberi Milikan Tanah kepada individu warganegara Malaysia telah dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/2011 yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2011. Maklumat bilangan permohonan luas pemberimilikan tanah kepada warga negara adalah seperti berikut. Saya memberikan statistik kepada Yang Berhormat Taman Medan untuk tahun 2014. Bagi daerah Hulu Selangor sebanyak 20 permohonan. Daerah Hulu Langat 15. Kuala Selangor 56, Klang 3, Kuala Langat 71, Sabak Bernam 142,

    Petaling 150, Gombak 291, Sepang 65, menjadikan jumlah 813 permohonan bagi tahun 2014. Manakala jumlah keluasan yang diluluskan bagi tahun 2014 adalah sebanyak 66.7 ekar tanah. Untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan tidak ada pemberimilikan tanah kepada golongan bukan warga negara di bawah dasar pemberimilikan tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.