Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

264) PEMBERIAN AIR PERCUMA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan masalah yang dihadapi kerajaan negeri dalam melaksanakan pemberian air percuma?

    1. Dasar pemberian bekalan air secara percuma bagi 20 meter padu pertama atau potongan RM11.40 kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan telah dilaksanakan di Selangor bermula 1 Jun 2008. Semenjak mula dilaksanakan, tidak ada sebarang masalah pemberian air percuma kepada pengguna domestik yang bermeter

     

    1. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium dan rumah pangsa, pada awalnya mereka menghadapi masalah kerana mereka perlu menukar meter kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Penghuni rumah pangsa menggunakan meter pukal di bawah nama Syarikat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan (MC), persatuan penduduk atau pihak-pihak lain perlu melaksanakan proses migrasi bagi mendapatkan bil  air  secara terus dari

     

    1. Namun demikian, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program “LAPOR DAN DAPAT” (dahulunya dikenali sebagai SISTEM KUPON ) mulai Jun 2010 bagi membolehkan pengguna pangsapuri yang  belum mempunyai meter individu dapat menikmati air percuma

Lampiran

Tiada Lampiran.