Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

275) PEMBERIAN CF TANPA PELAN SISTEM PERPAIPAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah MPKJ boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) kepada kondo Casa Suria sedangkan pemaju tidak menyerahkan pelan sistem paip air kondo kepada mana-mana pihak berwajib?

    Pada asasnya ianya adalah projek terbengkalai dibawah pemantauan JPN/KPKT dan telah melalui beberapa siri mesyuarat di KPKT. Berdasarkan rekod pemeriksaan Sijil Kelayakan Menduduki (SKM), bangunan itu sendiri secara fizikal adalah fit for purpose. Bagi tujuan tersebut semua agensi telah memberi  surat sokongan telah diterima kecuali SYABAS, yang mana perkara tersebut dikemukakan oleh arkitek Zone Architect (no pendaftaran LAM A/C 151). Dalam hal ini, MPKj menyedari dan telah pun memaklumkan kepada mesyuarat siri terakhir kepada JPN/KPKT. Atas dasar projek terbengkalai di bawah pengawasan JPN/KPKT, pihak JPN menekankan juga SKM harus dikeluarkan walaupun ada 1 agensi/jabatan tidak dirujuk.

    Dalam masa yang sama, pemaju (Tetuan Megatalent Sdn. Bhd.) mengemukakan  surat pelepasan tanggungan sebarang tuntutan kepada MPKj dan mengambil tanggungjawab penuh atas apa jua consequence yang mungkin wujud kepada pembangunan tersebut setelah SKM dikeluarkan.

    Lanjutan itu, MPKj menerima perakuan mengemukakan SKM melalui Unit OSC pada 07/07/2010  dengan lengkap dokumen sokongan jabatan teknikal tidak termasuk SYABAS dan Borang E oleh Zone Architect dan menerima tanggungjawab penuh atas pembangunan tersebut selaras dengan pelan kelulusan. Selanjutnya MPKj menerima terimaan Borang E bagi tujuan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki pada 29/07/2010.

    Atas dasar kepentingan awam bagi menyelesaikan isu projek terbengkalai pada tahun 2010, melalui persetujuan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil 14/2010 pada 26/07/2010 dan gesaan daripada JPN/KPKT, bersetuju meluluskan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) yang dikeluarkan pada 29/07/2010 no siri 2429 setelah dokumen sokongan dan Borang E dikeluarkan oleh Zone Architect bertanggungjawab selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil Seragam Bangunan (UUKBS) 1984.

Lampiran

Tiada Lampiran.