Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

277) PEMBERIAN HAK MILIK LAKE EDGE PUCHONG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pemkembangan terkini tentang pindahan pemberian hak milik lot individu daripada pemaju Pakatan Perkabina kepada semua pembeli?

    a) dan b)

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, satu pertemuan di antara pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, pemaju bersama- sama YB. Tuan Ng Sze Han (ADUN Kinrara) sendiri pada 2 Jun 2016 bagi membincangkan penyelesaian pemberian hak milik tersebut.

     

    Di dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan beberapa perkara berikut :

     

    Terdapatnya perbezaan pengiraan bayaran pemulangan potongan harga Bumiputera dan denda melanggar syarat kuota Bumiputera di  antara LPHS dan pemaju. Oleh itu LPHS dipohon untuk membuat semakan dan kiraan semula    jumlah                 bayaran sebenar    yang          perlu   dibayar                 oleh    pemaju berdasarkan dokumen yang

     

    Pihak pemaju tidak mempunyai dana untuk membayar jumlah bayaran yang dikenakan dan mesyuarat bersetuju agar bayaran tersebut di kontra dengan pembinaan Rumah Selangorku Jenis D (landed) berkeluasan 1,000 kaki persegi bersaiz lot 20‟ x 60‟ dan dijual pada                             harga       tidak       melebihi RM200,000.00 seunit di atas tanah/ plot yang belum

     

    100% pembeli adalah Bumiputera dan senarai nama pembeli adalah melalui

     

    Pada masa ini, pihak LPHS, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan pemaju dalam proses semakan (teknikal) terhadap pelan susunatur yang dicadangkan oleh pihak pemaju agar ianya memenuhi syarat dan piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Setelah kesemua syarat dan piawaian perancangan dipatuhi, LPHS akan menyediakan kertas pertimbangan ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan dalam bulan November 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.