Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

137) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah hakmilik tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak 4 tahun yang lalu mengikut pecahan daerah dan kaum ?

    Sebanyak 6109 hakmilik tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008 hingga Mac 2012 dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti dalam jadual berikut :

    BIL DAERAH TAHUN JUMLAH
    2008 2009 2010 2011 2012
    1 Hulu Selangor 16 39 181 158 1 395
    2 Hulu Langat 374 39 275 290 0 978
    3 Kuala Selangor 52 36 58 11 0 157
    4 Petaling 191 246 139 42 54 672
    5 Sepang 53 126 33 316 319 847
    6 Kuala Langat 91 12 131 16 0 250
    7 Gombak 342 56 185 352 299 1234
    8 Sabak Bernam 676 69 507 262 0 1514
    9 Klang 6 15 8 21 1 51
    JUMLAH 1801 626 1526 1482 674 6109

    Namun begitu, maklumat mengikut pecahan kaum/umur /dsb sedang diusahakan. Atas dasar keterbukaan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan permohonan pemberimilikan tanah kepada semua pemohon dan warganegara Malaysia tanpa mengira negeri kelahiran dan kaum. Kesemua pemberimilikan tanah adalah berdasarkan peraturan-peraturan yang telah digariskan dalam Seksyen 43 Kanun Tanah Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.