Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

69) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH (BORANG 5A) KEPADA PENDUDUK- PENDUDUK KAMPUNG CEMPAKA, PETALING JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi senarai ramai pemohon-pemohon dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang telah diberi hak milik tanah melalui Borang 5A yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor bermula tahun 2008 hingga sekarang?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMK Ke 34/2012) telah meluluskan sebanyak 49 permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di Kg. Chempaka. Pentadbiran ini sedang di dalam proses untuk mendapatkan harga nilaian semasa daripada Jabatan Penilaian Harta Negeri Selangor bagi tanah yang tersebut sebelum Surat Kelulusan dan Borang 5A dikemukakan kepada pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.