Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

37) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH (BORANG 5A) KEPADA PENDUDUK- PENDUDUK KAMPUNG CEMPAKA, PETALING JAYA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi senarai nama pemohon-pemohon dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang telah diberi hakmilik tanah melalui Borang 5A yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor bermula tahun 2008 hingga sekarang?

    Bermula dari tahun 2008 sehingga kini, sebanyak 55 permohonan pemberimilikan tanah di Kg. Cempaka telah diproses dan diangkat untuk kelulusan MMKN. Sebanyak 38 permohonan telah dikeluarkan notis 5A, manakala 9 permohonan lagi yang telah mendapat kelulusan diangkat semula untuk kelulusan MMKN bagi mendapatkan pindaan keluasan dan lain-lain sebelum notis 5A dapat dikeluarkan. Baki 3 permohonan yang lain yang telah mendapat kelulusan juga perlu diangkat semula untuk kelulusan MMKN bagi penentuan lot kerana terdapat permohonan bertindih di atas tapak yang sama. Selebihnya sebanyak 5 permohonan telah ditolak kerana didapati tanah yang dipohon tidak pernah diusahakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.