Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

8) PEMBERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua bentuk pemberian atau geran dalam bentuk kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensinya pada tahun 2006 hingga 2009.

    Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Agensi / Jabatan dan
    Kerajaan Negeri sehingga 31 Oktober 2009 adalah sebanyak RM428,458,236.35.
    Anggaran jumlah keseluruhan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Negeri
    Selangor pada akhir tahun adalah sebanyak RM502,270,119.42.
    Pemberian Geran Jalanraya Berdasarkan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya
    Malaysia (MARRIS) ini merupakan Pemberian yang disalurkan oleh Kerajaan
    Persekutuan secara bulanan dalam jumlah RM25,080,525 setiap bulan. Sehingga 31
    Oktober 2009, jumlah yang telah diterima oleh Negeri Selangor adalah sebanyak
    RM225,724,723.
    Pemberian Berdasarkan Tahap Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup
    (Tahap) adalah bertujuan membatu negeri-negeri khususnya Negeri yang tahap
    pembangunan yang masih rendah rendah berupaya melaksanakan projek-projek
    pembangunanya dengan matlamat pembangunan sosioekonomi yang seimbang di
    seluruh negara. Terimaan Pemberiaan Tahap bagi Negeri Selangor adalah berjumlah
    RM15,959,000.
    Pemberian 5% bagi Projek Kerajaan Persekutuan yang Dijalankan oleh Kerajaan Negeri
    diberikan selaras dengan peruntukan Perkara 80(5), Perlembagaan Persekutuan
    membenarkan Kerajaan Negeri menuntut sejumlah bayaran perkhidmatan bagi projekprojek Persekutuan yang dilaksanakan. Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan
    RM8,922,130 sebagai Pemberian 5% Negeri Selangor.
    Pemberian Bagi Perbelanjaan Mengurus (50%) Bagi Jabatan-Jabatan Di Bawah Senarai
    Bersama merupakan bayaran yang membiayai 50% daripada kos pengurusan Jabatanjabatan dibawah Senarai Bersama dibawah Perlembagaan Persekutuan iaitu Jabatan
    Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Pengaliran dan
    Saliran. Jumlah terimaan di bawah Pemberian ini bagi tahun 2009 adalah sebanyak
    RM31,933,253.
    Pemberian 50% Peruntukkan Pengurusan Lembaga Muzium Negeri Selangor Dan
    Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor adalah Pemberian berdasarkan prinsip
    yang sama seperti Pemberian Bagi Perbelanjaan Mengurus (50%) Bagi JabatanJabatan Di Bawah Senarai Bersama tetapi untuk Lembaga Muzium Negeri dan
    Perbadanan Perpustakaan Negeri . Pemberiaan ini disalurkan terus kepada kedua
    Agensi ini melalui KeKWa dan bukan Kerajaan Negeri. Anggaran Pemberian ini bagi
    tahun 2009 adalah sebanyak RM8,407,528.
    Pemberian Khas Negeri Selangor (Pemberian Pampasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya)
    adalah pampasan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor ke atas
    kehilangan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jumlah Perberian tahunan yang diberikan
    adalah sebanyak RM25,805,638.
    Pemberian Bilangan Penduduk (Capitation Grant) adalah Pemberian yang di buat
    berdasarkan kepada perkara 109(1)(a), Perlembagaan Persekutuan berpandukan
    jumlah penduduk sesuatu Negeri. Negeri Selangor telah menerima bagi tahun 2009
    sebanyak RM72,762,148.
    Pemberian Pertambahan Hasil di buat di bawah Akta Pemberian Pertambahan Hasil
    1977 dan Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan)1990 berdasarkan prinsip
    “revenue sharing” iaitu apabila terdapat pertambahan di dalam hasil Kerajaan
    Persekutuan di dalam sesuatu tahun kewangan. Jumlah terimaan Negeri Selangor bagi
    Pemberian ini adalah berjumlah RM27,156,465.
    Pemberian Bantuan 50% Bil Elektrik Pihak Berkuasa Tempatan adalah merupakan
    bantuan Kerajaan Persekutuan bagi meringgankan tanggungan bil elektrik PBT.
    Pemberian ini disalurkan terus kepada PBT melalui Kementerian Perumahan Dan
    Kerajaan Tempatan. Jumlah terimaan bagi tahun 2009 adalah berjumlah RM11,787,351.

Lampiran

Tiada Lampiran.